Tips Memilih Peranti Pintar Untuk Pelajar

Pada masa ini, sesi pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat sama ada universiti, sekolah menengah atau rendah dan sebagainya sering dilaksanakan secara dalam talian. Bukan sebab itu sahaja, bidang pendidikan pada masa ini juga lebih tertumpu kepada teknologi dan penggunaannya. Oleh itu, peranti pintar sangat diperlukan oleh para pelajar khususnya dalam bentuk ‘tab’. Tetapi, macam mana nak cari ‘tab’ yang murah dan berkualiti? Ini tips pemilihan ‘tab’ yang sesuai untuk pelajar.

 

 

Jenis Paparan Penting!

Sebelum beli peranti , anda kena tengok jenis paparan peranti itu macam mana. Tujuannya kerana anda ingin menyesuaikan dengan mata dan tangan anda. Peranti seperti tab biasa akan dijadikan alat untuk menulis sebarang nota. Anda perlu melihat daripada segi saiz paparan, kecerahan dan resolusi peranti tersebut. Peranti yang mempunyai resolusi dan saiz skrin yang baik akan memudahkan anda untuk membaca teks dan menonton video yang jelas pada peranti tersebut.