Tiga Tips Dapatkan Rasa Coffee Sempurna, Dengan Coffee Machine!

Minuman coffee merupakan salah satu minuman yang paling digemari ramai terutamanya bagi si pecinta coffee. Ada sesetengah orang akan mengambil coffee untuk menghilangkan rasa mengantuk, ada juga yang mengambil coffee sebagai terapi untuk mereka memulakan hari secara lebih efektif.

Sebagai seorang pecinta coffee, mesti korang pernah terfikir untuk buat coffee sendiri di rumah kan? Maklumlah, nak beli hari-hari takut tak mampu. Tetapi yang menjadi masalah sekarang, ramai yang memilih untuk tidak membancuh coffee sendiri di rumah kerana risau rasa coffee yang dibancuh tidak menepati citarasa.

Jadi, di sini kami ingin berkongsi beberapa tips macam mana cara untuk korang dapatkan rasa coffee yang sedap dan sama seperti di cafe!

 

Tips pertama untuk dapatkan rasa coffee yang umpph! Korang kena gunakan biji kopi sebenar dan bukannya kopi segera atau kopi 2 in 1.

Pecinta coffee mesti dapat bezakan keaslian rasa coffee bila dorang gunakan biji kopi berbanding kopi serbuk. Kopi serbuk ini memang akan menghasilkan rasa dan aroma yang berbeza tau. Tak percaya cuba lah buat uji kaji sendiri nanti.

Jadi, kalau korang nak coffee buatan korang tu sedap seperti di cafe, korang cuba lah gunakan biji kopi ok!

 

 

Saiz dan cara kisaran kopi juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan rasa kopi yang sempurna. Ini ialah faktor penting yang perlu korang ambil kira.

Kalau korang nak tahu, biji kopi yang dikisar terlalu kasar akan menghasilkan kopi yang terlalu cair, manakala kopi yang dikisar terlalu halus akan menghasilkan air kopi yang pahit dan agak masam. Walaubagaimanapun, saiz kisaran juga bergantung kepada perkakas yang digunakan.

Contohnya, mesin kopi yang digunakan di cafe kebiasaannya akan mengisar biji kopi dengan halus, kerana kopi tersebut perlu diekstrak dengan tekanan yang tinggi.

Namun, anda harus ingat, b
iji kopi yang segar menghasilkan kualiti dan rasa coffee yang terbaik. Sebab itu korang digalakkan untuk habiskan semua biji kopi yang korang beli sebelum 3 minggu.

 

 

Kalau yang beginner di rumah, anda disarankan menggunakan perkakas kopi yang mudah, seperti french press. Anda hanya perlu beritahu barista di cafe yang anda ingin membeli biji kopi untuk digunakan dalam french press, dan mereka akan kisarkan biji kopi kepada saiz yang betul.

Anda kemudiannya boleh terus masukkannya ke dalam french press, letak air panas, dan tekan press di atas untuk menapis biji kopi. Secawan coffee anda telah pun siap!

French press ada tekniknya juga, tapi kenapa nak pening kepala? Senheng kan ada! Hanya di Senheng korang boleh dapatkan pelbagai jenis dan jenama produk coffee machine yang korang suka, tanpa perlunya belajar untuk dapatkan secawan coffee yang sedap.

 

 

Anda Ada Mata Ganjaran Kad Kredit? Tebusnya Sahaja di Senheng!

Inilah masanya untuk anda menebus mata ganjaran anda! Kami bekerjasama dengan pelbagai bank tertera di atas untuk memudahkan anda menebus mata ganjaran. Untuk anda yang ingin membeli coffee machine yang disukai, datanglah sahaja ke Senheng berdekatan anda untuk melihat pilihan produk yang ada. Kemudian, anda boleh menebusnya dengan mata ganjaran kad kredit yang terkumpul!

 

Tunggu apa lagi? Kunjungi Senheng berdekatan anda di SINI!