Nak Tahan Lebih Lama: 8 Tip untuk Maksimakan Bateri Telefon Anda!

 

Nak Tahan Lebih Lama: 8 Tip untuk Maksimakan Bateri Telefon Anda!

 

Kita semua pernah berada di dalam situasi tersebut, situasi dimana anda dapat menyaksikan secara langsung detik cemas, hanya kerana bateri telefon yang berada dihujung tanduk disaat anda sangat memerlukannya. Ini mungkin kerana anda lupa untuk mengecasnya sebelum tidur atau mungkin disebabkan keadaan bateri yang semakin merosot. Jangan risau! Hari ini kami akan berkongsi beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk memanjangkan jangka hayat telefon pintar anda!

 

1. JANGAN MENGECAS BATERI ANDA MELEBIHI 100%

Perbuatan seperti ini sebenarnya dapat memendekkkan jangka hayat bateri anda kerana ia mengalami tekanan yang lebih tinggi dari semua kepanasan dan volten semasa anda mengecas. Beberapa perkara tambahan yang perlu dititik beratkan adalah, pastikan telefon anda berada di kawasan yang sejuk atau suhu bilik supaya panas yang berlebihan dapat disingkirkan. ELAKKAN meletak telefon pintar anda di bawah bantal.

 

2. SENTIASA MERENDAHKAN KECERAHAN

Sekiranya anda belum tahu, kecerahan skrin di telefon pintar anda sebenarnya adalah salah satu penyebab bateri merosot. Jadi, sekiranya ibu anda bertanya mengenai perkara ini, tunjukkan artikel kami kepadanya!

 

3. JANGAN MENDENGAR MUZIK ATAU BERMAIN GAME SEMASA MENGECAS.

Peranti anda akan berisiko untuk mengalami kepanasan yang melampau dan kebarangkalian untuk anda mengalami renjatan elektrik sangat tinggi. Anda sama sekali tidak digalakkan untuk berbuat demikian.

 

4.  JANGAN GUNAKAN PENGECAS YANG MURAH ATAU TIADA KELULUSAN UNTUK TELEFON ANDA.

Ini adalah tindakan yang langsung tidak dibenarkan sama sekali, kerana ia akan menimbulkan lebih banyak masalah pada masa akan datang. Sebilangan besar pengecas yang "murah" ini tidak memenuhi peraturan keselamatan standard dan MUNGKIN akan menyebabkan renjatan elektrik, letupan bateri dan juga kebakaran rumah. Cip anda juga mungkin akan rosak dan mengakibatkan masalah pengecasan.

 

5. 5. MATIKAN MOD GETARAN (vibrate mode)

Kami juga agak terkejut pada mulanya, tetapi selepas membuat kajian di internet, kami mendapati bahawa fungsi ini sebenarnya menggunakan lebih banyak bateri berbanding dengan nada dering yang biasa! Mod getaran ini mungkin berguna disaat anda tidak mahu diganggu, tetapi alternatif yang lebih baik adalah dengan menetapkan nada dering pada kelantangan yang paling rendah. (Tetapi jika anda mudah kehilangan telefon, seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang, mungkin anda tidak sesuai menggunakan ciri senyap ini.)

 

6. MATIKAN APLIKASI YANG MASIH BERJALAN DISAAT ANDA TIDAK MENGGUNAKANNYA

Anda mungkin akan terkejut untuk mengatahui bahawa terdapat aplikasi yang MASIH berjalan walaupun anda sudah menutupnya. Sebagai contoh: aplikasi petunjuk arah. Anda tidak memerlukannya kerana kemana lagi yang perlu dituju sekiranya anda berada di pejabat? Anda hanya perlu pergi ke ruangan “Settings” di telefon pintar anda bagi mencari ciri yang boleh mematikan aplikasi yang masih berjalan

 

7. MATIKAN BLUETOOTH

Selain dari kecerahan skrin, ciri bluetooth juga adalah penyebab utaman bateri anda habis dengan cepat. Ini kerana telefon pintar anda sentiasa mencari peranti lain untuk disambungkan! Oleh itu, sekiranya anda berada di rumah dan tidak perlu melakukan banyak pertukaran fail atau menyambung ke peranti lain, sila matikannya.

 

8. JOM DIY!

Ini melibatkan pembantu seperti Google atau Siri. Anda mungkin sudah terbiasa memerlukan mereka di sekeliling, tetapi mereka sebenarnya akan menghabiskan lebih banyak bateri telefon anda! Perkara ini berlaku terutamanya ketika mereka selalu menunggu arahan dan suara dari anda. Oleh itu, jika anda perlu mengetahui sesuatu, gunakan jari-jemari anda dan lakukannya secara manual!

 

Selain Petua Diatas, Pengecasan Pantas Juga Penting!

 

 

Anda juga pasti sedia maklum bahawa HONOR kini sudah kembali ke Malaysia dengan telefon terbarunya, HONOR 50 5G! Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menarik dan salah satunya adalah Super-Charge 66W HONOR di mana anda kini boleh mengecas hingga 70% bateri hanya dalam 20 minit. Ini sangat-sangat pantas dan pasti akan membantu anda menjalani rutin harian anda!


Sudah tentu kedai terbaik untuk anda mendapatkan HONOR 50 adalah di Senheng dan senQ terdekat anda. Pelbagai faedah menanti apabila anda memiliki HONOR 50 bersama kami, ini termasuk:

 

  • •1+1 Lanjutan Penggantian dari HONOR dan ditambah dengan EKSTRA 1 tahun Jaminan Tambahan kepada ahli PlusOne. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jaminan adalah sebanyak 3 tahun. 
  • 0% Pelan Bayaran Mudah sehingga 24 bulan.
  • PayLater dengan 3 ansuran bulanan mudah. *Tiada kad kredit diperlukan!
  • Program Tukar Beli dan Jimat
  • Promosi PWP untuk Kaizan Screen Protector & Back Skin @ dari RM79 (Jimat RM29)
  • PERCUMA Baucar Tunai Krismas bernilai RM30* dan Baucar Tunai Tahun Baru Cina bernilai RM30*

 

Hadiah Eksklusif Juga Menanti Anda!

 

Apabila anda pra-pesan bersama kami, anda juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah ini secara PERCUMA!

  • 1 x Honor Earbuds 2 Lite White bernilai RM299
  • 1 x Honor Hand Strap Case*Hitam/Putih bernilai RM129  [*warna rawak]

 

Mudah sahaja untuk memiliki telefon pintar idaman anda, bersama dengan pelbagai faedah menarik dari Senheng dan senQ! Bertindak sekarang dan pra-pesan HONOR 50 5G anda di Senheng at Senheng atau senQ! Anda juga boleh kunjungi kami di cawangan terdekat anda. Jumpa anda di sana!