4 Jenis Biskut Raya Wajib Ada!

Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, setiap rumah akan menghidangkan kuih-muih raya. Terdapat pelbagai jenis dan perisa seperti coklat, susu, buah-buahan dan sebagainya.

Kuih raya mempunyai resipi tersendiri dan kebanyakan akan dimasak menggunakan ketuhar atau lebih dikenali sebagai “oven”. Ramai peniaga hari ini akan mengambil kesempatan nak cari duit poket lebih menjelang raya dengan menjual kuih raya.

Korang pun sebenarnya boleh buat kuih raya sendiri dengan oven di rumah. Ini senarai kuih raya mudah dan sedap yang dimasak guna oven!

 

 

Cornflakes Madu Kegemaran Ramai!

Siapa sahaja yang tak pernah makan biskut cornflakes madu masa hari raya. Biskut ini sangat sedap dan mudah untuk dibuat. Rasa empingan jagung (cornflakes) yang ranggup disalut bersama madu membuatkan tetamu ketagih untuk menikmatinya. Cara pembuatannya senang nak buat dan cepat siap. So, tak adalah korang bercekang mata nak siapkan kuih raya. Bahan-bahan untuk biskut ini juga tidaklah mahal dan senang nak dapat di pasar raya.

Tips untuk menghasilkan biskut cornflakes madu yang rangup dan sedap ialah cara pembakaran yang ideal dalam oven. Memandangkan biskut ini menggunakan madu, biskut ini tidak boleh dibakar terlalu lama dengan suhu yang tinggi. Perkara ini kerana madu akan mudah hangus jika dimasak terlalu lama dengan suhu yang tinggi.